Catatan Perjalanan Pengerusi IRAMA Pada 1/5 2020

Spread the love
Video ketika ditunjukkan jalan oleh pemandu Grab Foods

Diberitakan oleh salah seorang rakan artis tentang sahabatnya yang juga kenalan dan juga seorang artis membuatkan saya nekad untuk memandu seorang diri ke rumahnya. Bertolak dari Ampang merentasi Bukit Ulu Yam menuju ke Batang Kali seorang diri. Jalan kiri kanan sunyi tidak banyak kenderaan lalu lalang, mungkin kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang masih lagi berjalan saya gagahkan jua hati walau kadang terasa agak gerun.

Demi memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Konsortium IRAMA, saya bulatkan hati teruskan jua perjalanan dan sepanjang perjalanan saya beberapa kali melalui Road Block namun saya tekad, walaupun beliau berada di luar kawasan, tetapi Surat Kebenaran Polis untuk menghantar bantuan ini tetap menguatkan semangat saya untuk mengagihkan bantuan seperti yang diamanahkan.

Demi memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Konsortium IRAMA, saya bulatkan hati teruskan jua perjalanan dan sepanjang perjalanan saya beberapa kali melalui Road Block namun…

Ayob Majid – Presiden Irama

IRAMA bukanlah tiada EXCO lain, namun kerana surat itu hanya di atas nama saya, maka saya sendirilah yang akan mengagih-agihkan bantuan ini. Sehinggalah saya tiba di simpang Batang Kali – Genting Highland ternyata jalanraya ditutup terus oleh pihak berkuasa, saya berasa tak sedap hati dan ingin berpatah balik padahal beberapa kilometer saja lagi akan sampai ke destinasi, namun sepertinya tiada jalan lain selain berpatah balik.

Termenung sekejap saya di tepi jalan sambil memikir apa cara yang terbaik untuk saya buat keputusan. Hati saya kuat tetap ingin bantuan ini sampai ke tangan artis tersebut, hanya cabarannya bagaimana saya boleh melepasi jalanraya yang sudah ditutup dan dikawal rapi ini. Tiada kenderaan yang boleh melepasi kawasan itu selain mencari jalan lain untuk ke Batang Kali, tapi saya tidak familiar kawasan di sana, sehinggalah saya menahan seorang pemandu Grab Food dan bertanya adakah jalan lain yang boleh membawa saya ke sana?

Beliau tanpa berlengah terus mengajak saya membontoti motornya dan dipendekkan cerita, sampailah saya akhirnya ke Pekan Bantang Kali. Rupa-rupanya di luar kawasan Kuala Lumpur jauh lebih ketat kawalan PKP ini sedangkan kita di bandar superti tiada apa-apa.

Alhamdulillah walaupun artis tersebut menunggu agak lama, akhirnya kami dapat bersua muka dan niat untuk menyampaikan barang-barang keperluan dan sedikit wang tunai akhirnya dapat diagihkan dengan sempurna.

Semoga pengalaman ini memberi semagat kapada kita untuk terus berbakti kapada sesama manusia dan saya yakin sekiranya kita bantu orang, Allah akan sentiasa bantu kita.

Ayob Abd Majid – Presiden Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia

  • eWanaNews
Show Buttons
Hide Buttons