Hargai Usaha Frontliner – KL Tower turut terbitkan lagu

Spread the love

Atas inisiatif pekerja-pekerja Menara Kuala Lumpur mereka akhirnya berjaya menerbitkan sebuah lagu dan video klip berdurasi 3:25 dengan menampilkan Norshah Rizal Hashim sebagai penyanyi.

Lagu yang telah digubah sepenuhnya oleh komposer The Sky Band Menara Kuala Lumpur bernama Wal Aduka ini bermotifkan memupuk kesedaran masyarakat serta sokongan kepada para ‘frontliners’ dan ia diserikan lagi dengan aksi-aksi sokongan daripada teman-teman serta pihak pengurusan mereka.

eWanaNews ketika dihubungi bertanyakan tentang kesukaran serta cabaran mereka untuk menyiapkan sebuah lagu dan video klip ini, menurut Puan Ainol Shaharina binti Sahar, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, ‘Kerja-kerja penggubahan lagu sehinggalah proses menyiapkan video klip memakan masa 3 minggu dan agak rumit kerana kami semua berada di rumah masing-masing dan bilangan kami agak ramai. Ianya sedikit sebanyak memakan masa dan proses ini juga agak terbatas penghasilan serta kualitinya. Walau bagaimana pun, alhamdulillah semua kakitangan yang terlibat memberi komitment yang baik dan hasilnya amat memberangsangkan walaupun menggunakan handphone dan peralatan sangat terbatas’.

‘Apa yang penting, Menara Kuala Lumpur juga sangat positif dan memberi 100% sokongan kepada para petugas di barisan hadapan dan kami juga ingin berbuat sesuatu agar dapat sama-sama berganding bahu melawan COVID-19 ini’

Untuk rekod, menara Kuala Lumpur juga telah menutup operasinya kepada orang ramai bermula dari tarikh PKP dilaksanakan, hanya kerja-kerja administratif sahaja yang beroperasi dari rumah

#KLTower
#LaguBarisanHadapan
#ShahftTowerian
Show Buttons
Hide Buttons