IRAMA LANCAR BALIK LAGU PATRIOT JAYA 2020

Spread the love

Konsortium IRAMA mengambil satu lagi inisatif dengan melancarkan kembali lagu Patriot Jaya dengan nama rasminya Patriot Jaya 2020. Dengan sedikit penambah baikan dan mesej sarat berbentuk penghargaan kepada para FRONTLINER negara atas kesatuan dan kerja keras mereka menyelamatkan Bangsa Malaysia ini dari wabak Covid-19.

Ketika negara diuji dengan Covid-19, dalam diam kita membentuk satu kesatuan, kecintaan dan pengorbanan kepada sebuah yang dinamakan MALAYSIA! Kita saling perkuat, perkukuh dan bertekad dengan disandarkan perbuatan kita, ketika para FRONTLINER mengambil tempat dan bertarung nyawa menyelamatkan BANGSA MALAYSIA ini, ketika para penghibur mengambil tempat menghiburkan kita dari rumah-rumah mereka, ketika para petugas awam bertungkus lumus saling menjaga dan melengkapi…

Di waktu itulah kita rasakan kemanisannya, hidup sebagai sebuah BANGSA MALAYSIA, kita saling menjaga, kita saling menyayang, kita saling bersatu hati, kita saling peduli dan melengkapi. Itulah nikmat yang tiada tara buat kita semuanya, kemanisan dalam sebuah keperitan dan keyakinan kita bahawa Tuhan sangat berlemah lembut dengan kita, dihantarnya berita gembira di setiap sebalik peristiwa duka yang akhirnya menyedarkan kita bahawa betapa kita saling memerlukan antara sesama dan bahawa kesatuan kita boleh menentang apa saja ujian dan dugaan.

SAYANGI MALAYSIA KU SELAMANYA!

Show Buttons
Hide Buttons