IRAMA sedia Bazaar Ramadan Online untuk Artis berniaga

Spread the love

Selepas berjaya bersiaran selama 14 hari bermula dari 30 marc lepas, kini IRAMA melancariakan pula Online Shop untuk peniaga, bukan sekadar itu bahkan hari ini IRAMA melancarkan pula Bazaar Ramadan Celebrities dengan memfokuskan Penggiat Seni sebagai penjual utama.

eWanaNews hari ini mendapat perkhabaran ini dari perbincangan di group Whatsapp IRAMA bahawa mereka akan menyediakan perkhidmatan ini semata-mata kerana cuba membantu Penggiat Seni bukan sahaja ahli mereka malah terbuka kepada semua Penggiat Seni tanahair.

Menurut salah seorang EXCO kanan IRAMA Hj Kamal kerja-kerja ini merupakan kerja sukarela mereka bagi membantu rakan-rakan sesama Penggiat Seni dengan mementingkan kerjasama serta berpegang teguh kepada sifat #ArtisBantuArtis.

Kami tidak mahu dilabel sebagai peminta bantuan kerajaan tanpa berusaha, memang kami tidak semua orang senang dan kami juga bekerja mencari rezeki dengan jualan pelbagai barangan dan makanan. Jadi kesempatan ini kami gunakan dengan cara mengajak artis bersama-sama berniaga dengan menyediakan kepada mereka sebuah platform online serta berkerjasama rapat dengan penghantar makanan atau barangan.

Insha Allah usaha ini akan berlanjutan sehingga tamat tempoh PKP dan kami mendoakan semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan artis

— eWanaNews

Show Buttons
Hide Buttons