KL Tower bagi PAKEJ FREE!

Spread the love

Bersempena pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini membuka kembali sektor Pelancongan negara, Menara Kuala Lumpur bertindak cepat dengan melancarkan kempen WE ARE FREE.

Puan Ainol Shaharina Binti Sahar sebagai CEO baru KL Tower kali ini mengambil langkah drastik sebaik saja mendapat lampu hijau dari Perdana Menteri untuk membuka kembali pusat-pusat pelancongan. Setakat ini pengunjung berpusu-pusu setiap hari mencuba peluang keemasan ini yang jarang-jarang diperoleh. Dengan hanya terhad kepada 2000 pengunjung yang berpeluang mendapatkan pakej free ini, anda dinasihatkan untuk menempahnya seawal mungkin setiap hari di kaunter KL Tower.

Pengunjung yang berminat untuk naik ke pelantar yang lebih tinggi iaitu Sky Deck yang berketinggian 300 meter, diskaun sebanyak 50% turut ditawarkan. Kedua-dua promosi ini ditawarkan hanya kepada warganegara Malaysia sahaja. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Menara Kuala Lumpur di talian 03-2020 5499 atau layari www.menarakl.com.my

Show Buttons
Hide Buttons