MAEL TOTEY – FILEM TAKDE CLASS YANG PECAH PANGGUNG!

Spread the love

Ianya dilihat sebagai himpunan dari siri Drama Spontan yang diadun menjadi sebuah Film. Ini kemungkinan kerana mendapat peluang untuk berkerjasama dengan Astro First serta nasihat dari beberapa orang Filem senior tanahair.

Mael Totey sendiri bukanlah tarikan utama dalam filem ini, bahkan wataknya juga tidaklah terlalu kelakar berbanding filem arahan Mamat Khalid ‘Hantu Kak Limah’ yang juga ditayangkan di Astro First. Namun harus diingat, kelainan yang ada pada hasil karya Syahmi Sazli itu ialah watak-watak sampingan di sekeliling Mael Totey. Mereka semua merupakan tarikan utama yang membuatkan ramai penonton tertunggu-tunggu kemunculan mereka sama ada di Youtube atau di mana-mana platform

KEADAAN YANG KENA

Kehadiran mereka di saat-saat Negara sedang menghadapi banyak tekanan demi tekanan, politik yang tiada penghujung serta wabak penyakit Corona Virus atau Covid-19, membuatkan rata-rata penggemar filem memilih untuk menonton sesuatu yang santai dan tidak akan memberikan kesudahan yang murung. Mereka memilih sesuatu yang ringan dan boleh menghiburkan.

Ini merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan filem ini, bahkan pelakon berstatus OKU itu memainkan peranan sangat besar dalam daya tarikan ingin tahu masyarakat sehingga mencecah 6.4 juta langganan. Ingat ya! LANGGANAN, bukan 6.4 juta tontonan! 

Cuba bayangkan jika seisi rumah mempunyai 3 orang, artinya harus di kali 3 untuk mengetahui jumlah sebenar tontonan secara individu.

TEKNIKAL VS REALISTIK

Ramai orang-orang filem seolah-olah tidak puas hati dengan pencapaian ini, malah menggelarkan filem ini sebagai filem takde class.

Bagi saya, mereka juga betul kerana mereka menghuraikan dengan pemahaman beliau yang mungkin bersandarkan TEKNIKAL. Tapi mereka juga lupa semenjak perkembangan Youtube dan sebagainya, telah pun lahir jutaan film maker yang tak bertauliah bahkan qualitynya boleh dianggapkan memadai bagi sesuatu tujuan filem atau penggambaran mereka.

Masyarakat mula terdidik dengan qualiti penceritaan bukan dengan qualiti teknikal sangat, asalkan maksud penceritaan mereka sampai itu sudah memadai bagi film maker tidak bertauliah ini.

Namun itu semua bukan ukuran lagi. Ukuran sebenarnya ialah pada VIEWER dan SUBSCRIBER. Nah! ia akan sentiasa memberi update kepada penggemarnya secara langsung dan ini membunuh tarikan-tarikan lain seperti teknikal yang complicated dan memakan modal yang mahal.

Lihat saja perkembangan terkini dalam dunia perfileman dan dunia broadcasting, rata-rata yang ditanta adalah jumlah SUBSCRIBER dan jumlah VIEWER channel itu sendiri. Bukan tentang kecanggihan dan how complicated teknikal dalam filem tersebut!

TERIMA HAKIKAT

Perkembangan demi perkembangan di dunia sebenarnya harus dihayati bukan sekadar mendengar dari bucu telinga dan berpegang teguh kepada SIJIL atau kemampuan persembahan teknikal lagi. Kerana daya tarik sekarang adalah berbeza dari daya tarik suatu ketika dulu. Marketing sekarang bukan lagi bergantung kepada kehebatan teknikal tapi bergantung kepada realiti masyarakat. Mungkin manusia sudah jelak dengan kerana terlalu banyak disodorkan dengan khayalan dan kecanggihan illusi. Mungkin filem jenis ini hanya dikategorikan berasingan dengan filem-filem realiti dan tidak boleh dibandingkan sama sekali. 

Sebagai contoh terdekat, kenapa filem mamat khalid digemari ramai? ini kerana kebanyakan filemnya ialah tentang kehidupan sebenar masyarakat di Perak walaupun kadang-kadang Mamat Khalid juga terbawa-bawa dengan khayalan yang bukan-bukan

Aku mengambil jalan tengah, iaitu dengan menerima hakikat bahawa sekarang dunia sudah berubah. Selera masyarakat juga berubah. Kesian Dato’ Alif syukri dengan filem Badangnya yang agak kartun dan tidak mendapat sambutan. Di mana silapnya? tentu kita sudah boleh membuat penilaian dengan kefahaman yang lebih realistik!

Wanano

Show Buttons
Hide Buttons