NASIB TO’KI: IRAMA nyatakan keprihatian

Spread the love

Seperti putaran roda, adakalah di atas dan adakalanya pasti akan ke bawah. Ia pasti silih berganti untuk melengkapkan misi sampai ke tujuan. Begitulah perumpamaan nasib seorang artis yang dikenali sebagai To’Ki yang kini sedang viral dengan kisahnya yang serba kekurangan dan berumah buluh dan kayu kayu hutan di penjuru perkampungan di daerah Gombak.

Sempat melawat beliau ialah President IRAMA, Encik Ayob Majid, Setiausaha IRAMA Sham Hussain serta ditemani oleh Mas Ayie Mas Omar yang juga sebagai salah seorang AJK IRAMA. Mereka mewakili Konsortium IRAMA atas dasar ambil peduli nasib penggiat seni.

Kehadiran mereka disambut baik oleh pengurus To’ki dan Didi Alias yang kebetulan sedang membuat penggambaran di situ. Selain itu turut berada di sana ialah DJ Popular Otai Isma Halil Hamzah dari Bapakku FM ditemani oleh Yassin Senario yang khabarnya sering berulang alik menemani To’Ki di sana.

Sempena ziarah itu President IRAMA sempat mewakili Konsortium IRAMA menyampaikan sumbangan sedikit sebanyak kepada To’Ki yang tampak keberatan untuk menerimanya dan berjanji untuk mengagihkannya kepada mereka yang memerlukan di sekitarnya.

To’Ki yang popular dengan lagu BIASAN menjalani kehidupan serba dhaif dan baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya ketika menunggang motor bersama isterinya. Akibat dari kecelakaan itu isteri To’Ki patah kaki ditambah pula rumah yang beliau dirikan dipinggir hutan itu tidak mempunyai tandas. Mereka terpaksa turun ke sungai berhampiran setiap kali ingin membuang air, ini mengundang kesulitan yang bukan sedikit kepada pasangan ini.

Walau bagaimana pun, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew ada singgah baru-baru ini dan berjanji akan membelikan mesin Pump Air bagi memudahkan mereka membuat urusan harian.

Menurut pengurus, To’ki ke klinik pakar untuk mendapatkan rujukan ke hospital pakar anxiety. Zainal Rashid Ahmad membantu To’ki untuk memudahkan urusan kerana Zainal adalah salah seorang yang selalu dijemput untuk memberi ceramah perihal anxiety kepada doktor2 pelatih

Kehidupan To’Ki kini sering meniti bibir masyarat memandangkan kedhaifan beliau dan isteri dan tidak pernah putus dikunjungi orang ramai yang ingin berziarah penyanyi kesayangan ramai ini.

IRAMA turut merancang untuk mengadakan Konsert Live Streaming To’Ki dan beberapa artis undangan lain. IRAMA mengharap agar ramai pihak korporat datang membantu melengkapkan prasarana konsert itu nanti.

Show Buttons
Hide Buttons