Penggiat Seni dijangkiti Covid-19 – IRAMA solat hajat dan doa dalam talian

Spread the love

Alhamdulillah, majlis solat hajat & doa buat penggiat seni yang terlibat dengan Covid19 telah berjaya diadakan pada 30/4/2020 jam 8 malam melalui applikasi WEBEX.

Majlis serba ringkas serta yang julung kali diadakan secara online ini telah dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Nabil, antara lain mendoakan kesembuhan buat semua penggiatseni yang kini diuji dengan penyakit Covid19. Antaranya saudari Rahila Ali, saudara Asyraf Muslim, Puteri Aishah serta rakan-rakan lain yang masih dalam rawatan Covid19.

Walaubagaimanapun, syukur alhamdulillah ada antara mereka yang sudah pun sembuh dan dibenarkan pulang.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu memberi kelegaan kepada mereka yang sedang berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran di musim Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya para AJK dalam menjayakan usaha ini.

IRAMA KONSORTIUM – eWanaNews

Show Buttons
Hide Buttons