PM China mahu penyelidikan saintifik diperkasa untuk perangi wabak koronavirus

Spread the love

BEIJING, 10 Feb — Perdana Menteri China Li Keqiang pada Ahad menekankan mengenai kepentingan penyelidikan saintifik untuk berjuang memerangi wabak novel koronavirus yang sehingga kini telah meragut ratusan nyawa, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata demikian ketika melawat Institut Biologi Patogen di Akademi Sains Perubatan Cina.

Sempena lawatan itu, beliau turut diberikan taklimat mengenai kemajuan penyelidikan mengenai pencegahan dan kawalan wabak tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penyelidik di atas dedikasi dan kerja keras yang diberikan. 

Li turut menekankan mengenai kepentingan ubat-ubatan yang berkesan untuk merawat pesakit dan sekaligus dapat mengurangkan kematian.

Penyelidik perlu bertindak pantas mencari penawar dan menghasilkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan, katanya.

— BERNAMA

Show Buttons
Hide Buttons