Spread the love

Afee vokalis Kumpulan U-Topia kini telah pun menghasilkan sebuah lagu tentang kisah pembuangan bayi dalam masyarakat kita, perkara ini baginya adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal kerana sifat Manusiawi itu adalah penyayang, bagaimana tiba-tiba menjadi lebih teruk dari binatang yang turut menyayangi anak mereka.

Lagu yang dicipta sendiri oleh Afee bersama-sama seorang teman sebagai penulis liriknya akhirnya diterbitkan di bawah label Nanorecords Malaysia setelah mendapat persetujuan penerbit (Wanano).

Lagu ini menjadi bertambah unik apabila Video Liriknya di tulis dalam bahasa Jawi sepenuhnya. Video yang diterbitkan pada 12 September 2018 ini adalah hasil karya Wanano sendiri dan proses penggambarannya telah pun dibuat di Studio MaticFM di jalan Ampang Kuala Lumpur.

Berikut adalah klip videonya:

Buai – Bayi untuk dibuai bukan untuk dibuang!
Sebuah lagu tentang kesedaran masyarakat atau Pesanan Khidmat Masyarakat. Lagu ini mengingatkan kita agar tidak terlibat dalam penganiayaan terhadap pembuangan bayi (anak kecil). Masyarakat kita sedana parah… Masih terdapat banyak gejala pembuangan bayi sehingga beliau merasa sangat terguris dan sedih. Mengapa mesih ada kalangan yang sanggup berbuat seperti ini? Atas rasa kesedaran ini, Afee U-Topia bernama teman beliau Ajo (Komposer lagu Mithali Cintaku) akhirnya berjaya menghasilkan lagu ini. Sebuah karya agung dari mereka. Lagu: Afee U-Topia Lirik: Afee/Ajo Studio: Quantize Studio Pandan Indah, KL Sound Engineer: Burn Crossfire Guitar Solo: Amir EYE Producer: Wanano Record Label: Nanorecords Malaysia Promo Indonesia: DC International

Leave a Reply

Your email address will not be published.